MEMBRAN SEL

Wiki: Membran plasma

Membran plasma juga dikenali sebagai membran sel. Sel ini merupakan suatu bahagian dalam suatu sel. Membran plasma mempunyai selaput nipis, kenyal, dan separa telap. Membran plasma mempunyai ketebalan di antara 7.5 hingga 8 nanometer. Ia terbina daripada dua lapisan lipid dan protein.

1. Fungsi

Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.

Contoh molekul-molekul kecil ialah:

Contoh molekul-molekul larut lipid ialah:

Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melindungi organel-organel di dalam sel.

2. Lihat juga

Bahagian lain di dalam sel:

Dinding sel hanya terdapat pada sel tumbuhan. Dinding sel terdiri daripada selulosa yang kuat yang dapat memberikan sokongan, perlindungan, dan untuk mengekalkan bentuk sel. Terdapat liang pada dinding sel untuk membenarkan pertukaran bahan di luar dengan bahan di dalam sel.

Nukleus merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Nukleus merupakan organel berbentuk sfera atau bujur dan dikelilingi oleh membran nukleus. Di dalamnya mengandungi nukleolus dan nekloplasma yang mengandungi kromosom. Fungsi nukleus ialah untuk mengawal sebarang aktiviti sel. Oleh itu, nukleus boleh dianggap sebagai pusat kawalan sel.

1. Fungsi

Nuklues berfungsi untuk mengawall segala aktiviti sel. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal pertukaran bahan antara nukleus dan sitoplasma berlaku melalui liang-liang di membran nuklues. Nuklues juga mempunyai maklumat pewarisan padanya.

Jalinan endoplasma merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasma.

Jadual Kandungan:
1. Jenis
2. Struktur
3. Fungsi
4. Lihat juga

1. Jenis

  • Jalinan endoplasma kasar – mempunyai ribosom yang kaya dengan asid ribonukleik.
  • Jalinan endoplasma licin – tidak mempunyai ribosom dan sisternanya berbentuk tiub dan mengandungi bahan lipid.

2. Struktur

Jalinan endoplasma terdiri daripada satu sistem pundi leper (sisterna) yang dibatasi oleh membran unit tunggal. Membran penggarisan sisterna mungkin berterusan dengan membran nukleus, membran plasma dan jasad golgi.

3. Fungsi

Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi sebagai pengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma juga berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.

Ribosom merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Ribosom merupakan organel yang amat kecil dengan mempunyai diamter hanya di antara 20 hingga 25 nanometer. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma.

1. Fungsi

  • Sebagai tapak sintesis protein.
  • Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon.
  • Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:

1- Membran dalam
2- Membran luar

Jadual Kandungan:
1. Membran Dalam
2. Membran luar
3. Fungsi
4. Lihat juga

1. Membran Dalam

Membran dalam merupakan membran khusus yang tidak telap kepada kebanyakan ion kecil termasuklah H+, Na+, K+. Ia juga tidak telap kepada glukosa, piruvat, suksinat, α-ketoglutarat, sukrosa, malat, sitrat, glutamat, aspartat, NAD+, NADP+, NADH, NaDPH, CTP, GTP, CDP, ATP, ADP dan GDP.

Membran dalam mitokondrion wujud dalam bentuk berkrista, iaitu lingkaran yang menambahkan luar permukaan membran itu.

Enzim kompleks ATP sintase (atau ATPase) terdapat di permukaan membran dalam sebagai zarah berbentuk sfera yang mengarah ke dalam metriks mitokondrion.

2. Membran luar

Membran luar ini telap kepada kebanyakan ion dan molekul kecil.

Mitokondrion mempunyai membran unit luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat.

3. Fungsi

Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

Jasad Golgi merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantung-kantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain.

1. Fungsi

Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah:

Glikoprotein ialah sejenis protein terkonjugat yang mempunyai karbohidrat sebagai bahagian bukan proteinnya. Glikoprotein sering terdapat pada haiwan dan tumbuhan, tetapi tidak pada bakteria. Glikoprotein biasanya wujud sebagai rembesan dalam cecair tubuh atau sebagai protein membran.

Glikoprotein berperanan sebagai bahan struktur, contohnya sebagai pelincir air liur. Ia juga berperanan dalam pengecaman antara satu sel dengan sel yang lain.

Wikipedia tidak memiliki halaman dengan judul “Silia”. Sebelum membuat halaman baru, harap cari “Silia” di Wikipedia, dan cek juga kemungkinan alternatif judul atau ejaan.

  • Ketikkan teks di kotak di bawah. Lihat pratayang untuk mencek kemungkinan kesalahan, lalu simpan.
  • Baca halaman bantuan untuk kebijakan, pedoman, dan panduan membuat halaman baru.

Jika halaman yang Anda buat tidak muncul, hal itu mungkin karena adanya keterlambatan pembaruan basis data atau halaman tersebut dihapus. Tunggu beberapa saat dan muat ulang halaman ini, atau periksa log penghapusan.

Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Karbohidrat terdapat dalam nasi, roti, bijirin dan mi.

Jadual Kandungan:
1. Pengelasan
2. Monosakarida
3. Oligosakarida
4. Polisakarida

1. Pengelasan

Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian: 1- Monosakarida
2- Oligosakarida
3- Polisakarida

2. Monosakarida

Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.

Monosakarida dibahagikan kepada kumpulan aldosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi aldehid aktif) dan ketosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi keto aktif).

3. Oligosakarida

Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

4. Polisakarida


salah satu contoh makanan yang mengandungi karbohidrat

Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).

Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.

Setiap vakuol dikelilingi oleh membran yang dikenali sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.

Sap sel vakoul terdiri daripada:

1. Fungsi

Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel.

Kloroplas merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel tumbuhan dan tidak terdapat dalam sel haiwan. Kloroplas merupakan organel yang berbentuk ceper dan terdiri daripada dua membran.

Kloroplas mengandungi klorofil dan hanya terdapat pada sel tumbuhan. Kloroplas ialah pigmen hijau yang berfungsi untuk menyerap tenaga cahaya matahari untuk menjalan proses fotosintesis.

Jadual Kandungan:
1. Struktur
2. Fungsi
3. Lihat juga

1. Struktur

  • Granum – merupakan bahagian kloroplas yang menjalankan tindak balas fotosintesis.
  • Stroma – adalah cecair yang mengandungi enzim-enzim untuk mengawal proses fotosintesis.

2. Fungsi

Kloroplas berfungsi sebagai tempat berlakunya fotosintesis.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: